Kelas Asas Komputer dan Menaip

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Menaip yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital. Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Para peserta juga turut diajar cara menaip yang betul. Untuk sesi penilaian, peserta didedahkan dengan penggunaan Google Form bagi menguji tahap pemahaman peserta dengan apa yang telah dipelajari.

Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali